Guna Suara Bekas Suami Sebagai ‘Voice Over’, Perkongsian Pelakon Wanita Ini Curi Perhatian Ramai – “Dah Rujuk Ke Korang?”

LocalEntertainment
27 Aug 2026 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Meskipun sudah memilih jalan perpisahan, hubungan antara pelakon Sharifah Husna dan bekas suaminya, aktor Halim Radzi, dilihat masih baik.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Sharifah Husna atau nama sebenarnya Sharifah Husna Syed Faisal, 33, berkongsi video yang memaparkan rutin hariannya termasuk bangun tidur, bersolek dan bersenam.

Advertisement

Namun, audio yang digunakan dalam video tersebut mencuri perhatian apabila dipercayai menggunakan suara bekas suaminya, Halim Radzi.

Bukan kali pertama, Husna sebelum ini turut memuat naik beberapa video yang menggunakan suara Halim sebagai audio latar.

Netizen Suka Lihat Hubungan Mereka Selepas Berpisah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyambut baik hubungan yang masih terjalin antara Husna dan Halim meskipun kedua-duanya sudah tidak lagi bergelar suami isteri.

View this post on Instagram

Malah, terdapat segelintir netizen yang berharap agar pasangan tersebut kembali bersama dan membina semula rumah tangga mereka.

Terdahulu, Husna dan Halim difahamkan berdepan masalah persefahaman sebelum Halim melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Husna juga telah selesai menjalani tempoh idah dan kedua-duanya bersetuju untuk mengekalkan hubungan baik selepas perceraian.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan tersebut pernah menjadi perhatian selepas Husna dilihat seakan-akan memberikan bayangan mengenai masalah yang berlaku menerusi beberapa perkongsian di media sosial.

Untuk rekod, Husna dan Halim mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hanez soraya2026-08-27 12:32:20

Hanez Suraya Kini Bergelar Datin Wira, Suami Terima Darjah Kebesaran Melaka

The post Guna Suara Bekas Suami Sebagai ‘Voice Over’, Perkongsian Pelakon Wanita Ini Curi Perhatian Ramai – “Dah Rujuk Ke Korang?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved