
KUALA LUMPUR:”Saya sudah lama tidak keluar malam.”
Demikian perkongsian pelakon Alvn Chong mengenai rutin hariannya yang berubah 360 darjah selepas menyertai rakan-rakan yang gigih menjaga kesihatan.
Jelas Alvn, perubahan itu banyak didorong oleh rakan-rakan yang sentiasa menggalakkan dia untuk mengubah kebiasaan buruk kepada lebih positif.
“kalau tak ada penggambaran, pukul 10 malam dah tidur. Kemudian saya amalkan bangun seawal pukul 6 pagi, setiap hari.
“Saya kena sentiasa sihat dan cergas sebagai persediaan untuk sesi penggambaran. Dengan tidur yang cukup, pemakanan yang sihat dan bersenam, ia akan menampakkan kesan,” ujarnya selepas majlis What’s Next On Viu, baru-baru ini.
Menurut, Alvin beliau telah mengubah cara kehidupan termasuk amalan pemakanan dan kecergasan, ia tetap dilakukan secara sederhana dan tidak berlebihan.
“Kalau nak dibandingkan dengan pelakon, Meerqeen, jauh lagi rasanya. Saya tidaklah terlebih dalam menjaga fizikal.
“Apabila menjaga fizikal, saya bersederhana. Kerana untuk mendapatkan fizikal yang cantik memerlukan disiplin yang tinggi.
“Saya menjaga pemakanan, tetapi bukanlah setiap masa. Apabila makan di restoran dengan kawan-kawan, saya makan seperti biasa,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Alvn memakumkan dia memanfaatkan laman sesawang (Internet) untuk mencari maklumat mengenai kecergasan selain bertanya dengan rakan-rakan di gimnasium.
“Informasinya boleh kita cari di Internet. Kadang kala saya bartanya (cara bersenam yang betul) kepada rakan-rakan di gimnasium.
“Kebanyakannya orang berbadan cantik ini sudi untuk berkongsi maklumat (penjagaan badan),” kongsinya.- UTUSAN
The post Bangun pukul 6 pagi, tidur pukul 10 malam – Alvin chong kongsi rahsia badan cantik appeared first on Utusan Malaysia.






