Gundam Factory Di Yokohama Akan Ditutup April Ini

TechnologyDigital
27 Feb 2024 • 1:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gundam Factory Yokohama ialah tarikan pelancong khususnya di kalangan peminat siri anime Mobile Suit Gundam. Pelawat dapat melihat sendiri sebuah Gundam RX78-2 pada skala penuh bergerak seakan ia robot sebenar sejak ia dibuka pada tahun 2020. Selepas hampir empat tahun, Gundam Factory Yokohama diumumkan akan ditutup pada 1 April depan.

image is not available

Tiket terakhir telah mula dijual di Jepun dengan tarikh akhir untuk melawat Gundam Factory Yokohama ialah pada 31 Mac. Sebenarnya Gundam Factory Yokohama pada asalnya hanya akan beroperasi selama beberapa bulan sahaja. Tetapi pandemik serta sambutan luar biasa oleh peminat menyebabkan penutupannya ditangguh ke tahun ini.

Masih tidak diketahui apakah yang akan berlaku kepada robot Gundam RX78-2 apabila tarikan ditutup. Terdapat cadangan di kalangan peminat untuk membuka Gundam Factory di lokasi lain di Jepun atau membawanya mengembara ke seluruh dunia bagi mereka yang tidak sempat pergi ke Jepun.