Gundam Factory Di Yokohama Akan Ditutup April Ini

TechnologyDigital
27 Feb 2024 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gundam Factory Yokohama ialah tarikan pelancong khususnya di kalangan peminat siri anime Mobile Suit Gundam. Pelawat dapat melihat sendiri sebuah Gundam RX78-2 pada skala sebenar bergerak seakan ia robot sebenar sejak ia dibuka pada tahun 2020. Selepas hampir empat tahun, Gundam Factory Yokohama diumumkan akan ditutup selama-laman bermuka 1 April depan.

image is not available

Tiket terakhir mula dijual di Jepun dengan tarikh akhir untuk melawat Gundam Factory Yokohana ialah pada 31 Mac. Sebenarnya Gundam Factory Yokohama memang direka untuk beroperasi sementara waktu sahaja dan ditutup pada tahun 2021. Tetapi pandemik menyebabkan penutupan ditangguh dan hanya akan dilakukan tahun ini.

Masih tidak diketahui apakah yang akan berlaku kepada robot Gundam RX78-2 apabila tarikan ini ditutup. Terdapat cadangan di kalangan peminat untuk membuka Gundam Factory di lokasi lain di Jepun atau membawanya mengembara ke seluruh dunia bagi mereka yang tidak sempat pergi ke Jepun.