“Guru, Dengarlah Guru Jangan Butakan Mata, Jangan Tulikan Telinga,” - Zahid

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 3:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Guru, Dengarlah Guru Jangan Butakan Mata, Jangan Tulikan Telinga,” - Zahid

Ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Persidangan Agung UMNO (PAU) hari ini menjadi tular selepas berulang-kali menitipkan pesanan kepada individu yang hanya dirujuk sebagai guru.

Tanpa menamakan individu yang dirujuk sebagai guru itu, beliau yang juga merupakan Presiden UMNO menggesa agar guru tersebut mendengar rintihan dan suara termasuk suara rakyat.

“Guru, cukup-cukuplah guru. Dengarlah suara kami guru. Dengarlah suara rakyat wahai guru. Cukup-cukuplah, Insya-Allah kami boleh buat lebih baik daripada yang guru buat,” katanya.

Ucapan yang dilontarkan oleh beliau ternyata mendapat perhatian para perwakilan yang hadir, sekaligus menggamatkan suasana Dewan Merdeka yang menjadi lokasi PAU 2026.

“Ini bukan hanya suara UMNO. Ini juga suara seluruh parti Barisan Nasional (BN). Seluruh ahli dalam kepimpinan PAS. Seluruh rakyat.

“Guru, dengarlah guru. Jangan butakan mata, jangan tulikan telinga. Cukup-cukuplah,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pesanan yang ditujukan kepada guru itu bukan bertujuan untuk menjadi batu api kepada mana-mana pihak.

“Kita tidak mahu menimbulkan keresahan, kita tidak mahu menimbulkan kegelisahan, apatah lagi menimbulkan kekeliruan yang menjadi 'keliruisme' yang tidak berkesudahan,” tambahnya.

Antara lain, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata UMNO dan Barisan Nasional berhasrat untuk membina sebuah negara sejahtera untuk rakyat dengan menyasarkan setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus pendapatan boleh guna atau lebihan pendapatan selepas memenuhi keperluan asas bagi menyimpan, melabur dan menikmati kehidupan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved