“Guru hentikan guru. Kami boleh lebih baik daripada guru” -Zahid Hamidi

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 12:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan teguran ‘pedas terhadap ‘guru’ ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, hari ini.

Hentikan pendekatan bersifat tambah keresahan

Walaupun tidak menyebut nama secara langsung, Ahmad Zahid menggesa pihak berkenaan supaya mendengar suara rakyat dan menghentikan pendekatan yang disifatkan boleh menambahkan keresahan, kegelisahan serta kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Cukup-cukuplah, guru! Dengarlah suara kami, guru! Dengarlah suara rakyat, wahai guru! Cukup-cukuplah!
“Insya-Allah, kami boleh buat lebih baik daripada yang guru buat,” katanya ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia (PWTC), hari ini.

Image from: “Guru hentikan guru. Kami boleh lebih baik daripada guru” -Zahid Hamidi

Bukan bertujuan buat provokasi

Beliau menegaskan teguran berkenaan bukan bertujuan untuk membakar api atau memprovokasi keadaan, sebaliknya mahu memastikan keresahan rakyat tidak terus disemarakkan lagi.

“Saya bukan mahu membakar api atau memprovokasikan sesuatu. Tetapi kita tidak mahu menyemarakkan keresahan. Kita tidak mahu menimbulkan kegelisahan apatah lagi menimbulkan kekeliruan yang tidak berkesudahan,” katanya.

Ahmad Zahid menambah, suara yang dibawanya bukan hanya mewakili UMNO, sebaliknya turut merangkumi Barisan Nasional (BN), ahli dan kepimpinan Pas serta rakyat.

“Ini bukan hanya suara UMNO. Ini juga suara seluruh parti Barisan Nasional, seluruh ahli-ahli dan kepimpinan Pas, seluruh rakyat.
“Guru, dengarlah, guru! Jangan butakan mata! Jangan tuli telinga! Cukup-cukuplah! Hentikan, guru!” katanya.

Image from: “Guru hentikan guru. Kami boleh lebih baik daripada guru” -Zahid Hamidi

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved