
Kota Kinabalu: Seorang guru berusia 34 tahun didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki menggunakan Samurai.
Azlan Nahar mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Jumaat.
Azlan didakwa menyerang Preslley Marcus, 34, menggunakan senjata itu pukul 10 malam pada 6 Nov 2022 di bengkel Kimpalan Aluminium dan Gril di Kg Lobou, Manggatal.
Kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan boleh didenda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Mahkamah membebaskan Azlan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 serta dua orang penjamin tempatan dan menetapkan 20 Sept tahun ini untuk pengurusan kes pra perbicaraan.
Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua orang penjamin tempatan.
Bagaimanapun, Azlan memohon jumlah jaminan dikurangkan dan memaklumkan mahkamah dia akan mencari peguam untuk mewakilinya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Al Hakim manakala Azlan tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



