Guru Didakwa Tampar Muka & Tarik Rambut Pelajar Tingkatan 5

Entertainment
10 Jul 2024 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi seorang guru merupakan tanggungjawab yang besar kerana mereka ini mendidik generasi yang akan membentuk negara pada masa hadapan.

Terbaru, seorang guru disiplin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menampar muka dan menarik rambut pelajarnya dua tahun lalu.

image is not available

Tertuduh, Mohd Heirman Ishak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas satu pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Difahamkan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar lelaki yang ketika itu berusia 17 tahun (tingkatan 5) dengan cara menampar bahagian muka beberapa kali serta menarik rambut.

Menurut laporan Astro AWANI, perbuatan itu dilakukan di dalam bilik guru di sebuah sekolah menengah di Bukit Baru, Melaka kira-kira pukul 11.30 pagi pada 19 Disember 2022 lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.