Guru-guru di pedalaman… tunggu saya ya! Semoga terus kuat demi anak Malaysia – Fadhlina

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 11:34 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek akan turun ke kawasan pedalaman dalam tempoh beberapa hari lagi bagi menilai secara dekat cabaran serta keperluan pendidikan anak Orang Asli.

Kunjungan itu akan memberi tumpuan kepada aspek latihan guru, pedagogi, cabaran operasi serta pembabitan komuniti dalam usaha memastikan pendidikan anak Orang Asli terus diperkasa.

Fadhlina berkata, lawatan berkenaan penting bagi membolehkannya memahami secara menyeluruh pencapaian, kejayaan serta sinergi komuniti dalam membangunkan pendidikan untuk anak Orang Asli.

“Isu pembangunan pendidikan anak Orang Asli adalah ‘passion’ saya yang cukup mempengaruhi seluruh pendidikan manusiawi yang selalu saya canangkan,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Image from: Guru-guru di pedalaman… tunggu saya ya! Semoga terus kuat demi anak Malaysia – Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tengah) melawat Kampung Charok Bus sempena Program Khas (ProKhas): Program Sekolah Terapung Tasik Banding, Gerik, baru-baru ini. Foto Bernama

Beliau berkata, sebelum kunjungan berkenaan, beliau turut membaca sebahagian daripada sebuah buku berkaitan pendidikan Orang Asli yang mengupas pendekatan praktikal, aspek pemilikan, pedagogi serta peranan institusi dalam membangunkan pendidikan komuniti berkenaan.

Menurutnya, penulisan dan kajian berkaitan pendidikan Orang Asli tidak seharusnya terhenti pada penerbitan buku semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan bersama inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM).

Image from: Guru-guru di pedalaman… tunggu saya ya! Semoga terus kuat demi anak Malaysia – Fadhlina

Fadhlina turut memaklumkan beliau mungkin terputus hubungan buat sementara waktu sepanjang berada di kawasan pedalaman bagi beberapa hari, namun akan kembali meneruskan usaha memperkukuh pendidikan anak-anak Orang Asli di Malaysia.

Image from: Guru-guru di pedalaman… tunggu saya ya! Semoga terus kuat demi anak Malaysia – Fadhlina

Menjelang pertemuannya dengan guru-guru di kawasan pedalaman, beliau turut menitipkan pesanan agar mereka terus tabah melaksanakan tanggungjawab mendidik anak Malaysia.

“Tunggu saya ya! Semoga terus kuat demi anak Malaysia!” katanya.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved