Lagi ditekan, lagi kuat UMNO ‘melawan’ – Asyraf Wajdi

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 11:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lagi ditekan, lagi kuat UMNO ‘melawan’ – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan tunduk atau lemah meskipun berdepan pelbagai tekanan, fitnah dan tuduhan bagi menggugat kekuatan parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelbagai intimidasi dan tuduhan dilemparkan terhadap pimpinan parti dalam usaha mengaibkan serta mencalar reputasi mereka.

Katanya, cabaran berkenaan sebaliknya menguji kecekalan dan menjadikan UMNO lebih teguh untuk meneruskan perjuangan.

“Kita ini pejuang UMNO, pejuang Melayu. Dicabar kita bangkit, ditekan kita melompat lebih tinggi, dipukul kita berdiri lebih keras melawan.

“Kalau layar sudah dikembang, jangan gentar ombak lautan. Kalau sabar sudah tak terkekang, lagi ditekan, lagi kuat kita lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, kejayaan yang kembali memutik di Johor dan Negeri Sembilan tidak dicapai dengan mudah, sebaliknya melalui pelbagai ujian susulan usaha penyatuan ummah yang disifatkan dicemburui pihak lawan.

Menurutnya, perjuangan UMNO adalah satu sunnatullah yang penuh dengan ujian dan hanya pejuang yang sabar mampu terus bertahan ketika berdepan tekanan.

“Perjuangan ini adalah sunnatullah yang penuh dengan ujian. Kerana pejuang sejati yang sabar akan kekal berdiri walau dibadai taufan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Lagi ditekan, lagi kuat UMNO ‘melawan’ – Asyraf Wajdi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved