Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pencipta kandungan (content creator) berasal dari Jerman yang kini menetap di Indonesia mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada semua rakyat Malaysia sempena 31 Ogos.
“Semoga semua rakyat Malaysia menyambut Hari Merdeka yang indah dan penuh bermakna!” katanya di ruangan kapsyen.
Dalam video sama, wanita itu turut menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku sambil lengkap berbaju kurung di tengah-tengah ibu kota di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Wanita Nyanyi Negaraku Sambil Buat Gaya Tangan
Namun apa yang mengundang perhatian apabila wanita berkenaan menyanyikan lagu keramat itu sambil bergerak-gerak dan melakukan pelbagai gaya tangan seolah-olah ia merupakan nyanyian koir.
Meskipun niatnya mungkin baik, namun dia juga kedengaran menyanyikan lagu Negaraku dengan rentak dan melodi yang salah.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: “Bangga Tengok Semua Hormat” – Pengunjung AEON Dipuji, Terus Berdiri Tegak Ketika Lagu Negaraku Dimainkan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lelaki Set Alarm Lagu ‘Negaraku’, Siap Tersenarai Top Song Dalam Spotify Wrapped
‘Rakyat Malaysia Nyanyi Lagu Negaraku Dengan Penuh Bangga, Guna Rentak & Tempo Yang Betul’ – Netizen
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian ramai yang mana rata-rata warga Malaysia rasa kurang senang dengan cara content creator tersebut menyanyikan lagu Negaraku.
“Awak boleh pulang semula ke Indonesia di mana ramai terima banyak sokongan. Nyanyi lagu Negaraku kami tanpa hormat bukan cara untuk mendapatkan hati pengikut dari Malaysia. Kita diri tegak dan nyanyi dengan bangganya selain menggunakan pitch dan rentak yang betul,” kata seorang warganet.
‘Perlu Diri Tegak Ketika Menyanyi, Lagu Negaraku Kebanggaan Rakyat Malaysia’ – Bunga
Penyanyi rap, Bunga Isme berkata lagu Negaraku merupakan kebanggaan rakyat Malaysia dan tidak sepatutnya dijadikan konten media sosial semata-mata.
“Terima kasih untuk ucapan. Tapi saya rasa awak patut berhenti lepas beri ucapan. Lagu Kebangsaan (Negaraku) ialah kebanggaan kita (warga Malaysia), dan ia bukan sesuatu yang dinyanyikan hanya untuk konten.
“Kami nyanyi lagu ni dengan hati, untuk nenek moyang yang berjuang untuk merdekakan tanah (Melayu) ni. Dan bila kita nyanyi, kita diri tegak dengan penuh bangga,” katanya.
Malah ramai juga turut bersetuju bahawa semua individu tidak kira warga dari negara mana perlu menghormati lagu kebangsaan negara orang lain.
“Lagu Kebangsaan kita sepatutnya dinyanyikan dengan penuh maruah, hormat dan beradab. Diri tegak, tunjuk hormat,” tegur seorang lelaki.
“Saya secara peribadi rasa kita semua patut lebih menghormati apabila menyanyikan lagu kebangsaan negara lain. Lagi pun, ia adalah lagu kebangsaan, dan saya tak rasa kita patut layan ia seolah-olah lagu yang ada di Spotify,” tambah seorang lagi netizen.
Netizen Di Instagram Beri Reaksi Berbeza
Pun begitu, semakan kami di Instagram Bulebarbie atau nama sebenarnya Dasha Gartman mendapati posting sama mendapat reaksi positif dari rakyat Malaysia.
Ada yang memuji penampilannya berbaju kurung selain menghargai ucapan yang diberikannya. Difahamkan ucapan itu dilakukan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang, KL.
Individu Tak Hormat Lagu Negaraku Boleh Dipenjara
Untuk info, mana-mana individu boleh dikenakan hukuman sekiranya tidak menghormati atau mempersenda lagu Negaraku.
Jika disabit kesalahan, individu boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Content Creator Jerman Nyanyi Lagu Negaraku Sambil Buat Banyak Gaya Tangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/content-creator-jerman-tak-hormat-lagu-Negaraku-1024x763.jpg)
![Image from: Content Creator Jerman Nyanyi Lagu Negaraku Sambil Buat Banyak Gaya Tangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/content-creator-jerman-tak-hormat-lagu-Negaraku-2-1024x619.jpg)
![Image from: Content Creator Jerman Nyanyi Lagu Negaraku Sambil Buat Banyak Gaya Tangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/content-creator-jerman-tak-hormat-lagu-Negaraku-3-1024x996.jpg)
![Image from: Content Creator Jerman Nyanyi Lagu Negaraku Sambil Buat Banyak Gaya Tangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/content-creator-jerman-tak-hormat-lagu-Negaraku-4-1024x684.jpg)
![Image from: Content Creator Jerman Nyanyi Lagu Negaraku Sambil Buat Banyak Gaya Tangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/content-creator-jerman-tak-hormat-lagu-Negaraku-5-1024x562.jpg)
![Image from: Content Creator Jerman Nyanyi Lagu Negaraku Sambil Buat Banyak Gaya Tangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/content-creator-jerman-tak-hormat-lagu-Negaraku-6-1024x370.jpg)
![Image from: Content Creator Jerman Nyanyi Lagu Negaraku Sambil Buat Banyak Gaya Tangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/content-creator-jerman-tak-hormat-lagu-Negaraku-7-1024x431.jpg)
![Image from: Content Creator Jerman Nyanyi Lagu Negaraku Sambil Buat Banyak Gaya Tangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/content-creator-jerman-tak-hormat-lagu-Negaraku-8-1024x731.jpg)
![Image from: Content Creator Jerman Nyanyi Lagu Negaraku Sambil Buat Banyak Gaya Tangan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/content-creator-jerman-tak-hormat-lagu-Negaraku-9-927x1024.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Semua Pelanggan Berdiri Sejurus Dengar Lagu Negaraku Di Restoran Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Lebih Laju & Upbeat” – Netizen Throwback Lagu Negaraku Versi Lama
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penghibur Jalanan Di Georgia Mainkan Lagu ‘Negaraku’ Guna Akordion Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terharu Lihat Pengunjung IOI City Mall Diri Tegak Ketika Lagu ‘Negaraku’ Dimainkan Tiba-tiba


![Selamba Hisap Rokok Di Stesen Minyak, Tindakan Lelaki Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lelaki-pegang-putung-rokok-1.jpg?t=1787891312)


