Guru Mohon Bantuan Titi Untuk Ke Sekolah, Respon Pantas Fadhlina Sidek Jadi Tumpuan – “LULUS Ya Cikgu”

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 4:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Permohonan seorang guru mengenai keadaan laluan titi yang digunakan murid untuk ke sekolah mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, yang memberikan maklum balas mengenai perkara tersebut.

Menerusi perkongsian di Threads, guru berkenaan memohon bantuan untuk menambah baik laluan titi yang digunakan pelajar setiap pagi, khususnya ketika keadaan air surut menyebabkan bot yang disediakan tidak dapat sampai ke tebing.

Advertisement

fasf

“Salam Dato’ Seri, ini laluan anak murid saya setiap pagi nak pergi sekolah. Boleh Datuk Seri belanja kayu tak? Saya nak murnikan laluan titi ni,” tulisnya ringkas.

Guru Minta Jangan Salahkan KPM

Dalam perkongsian sama, guru berkenaan turut meminta orang ramai supaya tidak menyalahkan Fadhlina atau pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana bantuan bot serta enjin untuk kegunaan pelajar sebenarnya sudah disediakan.

Namun, masalah timbul apabila keadaan air surut menyebabkan bot berkenaan tidak dapat melalui kawasan tebing sungai.

dfs

Beliau turut menegaskan bahawa permohonan itu bukan bertujuan mencari kesalahan mana-mana pihak.

“Tiada niat nak cari salah sesiapa pun. Ini adalah fakta. Isnin tempoh hari, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) baru sahaja melawat kami di pendalaman ini,” jelasnya.

Fadhlina Terus Buat Semakan Dengan JPN Pahang

Permohonan tersebut kemudian mendapat respons daripada Fadhlina yang memaklumkan beliau telah membuat semakan bersama JPN Pahang berhubung keperluan laluan berkenaan.

Hasil semakan mendapati kos untuk menyediakan laluan tersebut adalah sebanyak RM150,000 menggunakan modul Jetfloat.

safa

Beliau berharap usaha tersebut dapat membantu memudahkan urusan guru serta memberi manfaat kepada para pelajar.

“Semoga usaha ini dapat memudahkan urusan cikgu serta memberi manfaat dan keselesaan kepada anak-anak,” katanya.

Perkembangan itu menunjukkan permohonan berkenaan mendapat perhatian segera dengan peruntukan RM150,000 bagi penyediaan laluan menggunakan modul Jetfloat.

Permohonan tersebut sebelum ini turut mencuri perhatian selepas guru berkenaan berkongsi perkara itu menerusi media sosial, termasuk menjelaskan gerak kerja yang telah dilakukan sebelum ini susulan kerap menerima pertanyaan “Fadhlina buat apa?”.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Guru Mohon Bantuan Titi Untuk Ke Sekolah, Respon Pantas Fadhlina Sidek Jadi Tumpuan – “LULUS Ya Cikgu”2026-08-26 14:23:24

“Di Mana Sulong Pagi Ni?” – Netizen Risau Nasib Gajah Cedera Di Laluan Gerik-Jeli

The post Guru Mohon Bantuan Titi Untuk Ke Sekolah, Respon Pantas Fadhlina Sidek Jadi Tumpuan – “LULUS Ya Cikgu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved