Salam takziah! Fadhlina arah tindakan lanjut kes kematian Nur Qaira Alisha

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 5:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan selanjutnya berhubung kematian murid berusia 11 tahun dari sebuah sekolah rendah di Kedah, Allahyarhamah Nur Qaira Alisha Ahmad ‘Ilwan pada Ahad lalu.

Fadhlina berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sebelum ini telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan oleh keluarga Allahyarhamah.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan oleh keluarga.
“Saya juga telah mengarahkan Unit Integriti untuk mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta berlandaskan prinsip keadilan kepada semua pihak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Image from: Salam takziah! Fadhlina arah tindakan lanjut kes kematian Nur Qaira Alisha

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang turut merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa dan seluruh keluarga Allahyarhamah atas kehilangan tersebut.

Fadhlina berkata, KPM memandang serius setiap perkara yang melibatkan keselamatan dan kebajikan murid, selain memastikan keluarga diberikan ruang serta sokongan sewajarnya dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

“Keutamaan KPM pada masa ini adalah untuk memastikan keluarga diberikan ruang serta sokongan yang sewajarnya dalam menghadapi kehilangan ini.
“Semoga keluarga Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” ujarnya.
Image from: Salam takziah! Fadhlina arah tindakan lanjut kes kematian Nur Qaira Alisha

Foto arkib: Bernama

Terdahulu, tular luahan seorang pengguna Facebook, Norlela Shaari yang dipercayai ibu kepada Nur Qaira Alisha berhubung keadaan anaknya yang didakwa berubah selepas diarahkan melakukan aktiviti larian oleh seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Menerusi luahan tersebut, wanita berkenaan berkata, Nur Qaira Alisha yang dilahirkan pada 11 November 2015 mempunyai masalah jantung termasuk kegagalan injap dan jantung bengkak sejak berusia tiga bulan.

Menurutnya, walaupun berdepan masalah kesihatan, anaknya merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan rajin bersekolah.

“Satu kesilapan dari seorang guru (PPKI) walaupun sudah diberi surat pengesahan tentang penyakit yang dihadapi, tindakan guru tersebut mengarahkan anak saya berlari pada pemilihan rumah sukan menyebabkan Qaira menjadi OKU terlantar memakai oksigen seumur hidup,” katanya.

Image from: Salam takziah! Fadhlina arah tindakan lanjut kes kematian Nur Qaira Alisha

Dalam luahan sama, wanita itu turut mempersoalkan tindakan guru berkenaan serta menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang amat berat untuk diterima keluarga.

“Di mana sifat perikemanusiaan guru tersebut. Anak saya berdendam dengan cikgu tersebut. Ini hanya urusan dunia… nantikan balasan di akhirat,” ujarnya.

Bagaimanapun, dakwaan berhubung kejadian berkenaan kini dalam perhatian pihak berkuasa pendidikan susulan siasatan JPN Kedah dan arahan KPM supaya Unit Integriti mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek & Norlela Shaari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved