Guru Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah, Seorang Maut

13 Apr 2026 • 12:18 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KOTA BHARU – Seorang guru wanita berusia 57 tahun direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah sehingga mengorbankan seorang mangsa, tengah hari semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Muhammad Izzat Wan Abdullah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tekan Minyak, Kereta Terbabas

Menurut laporan, kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu berlaku di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas dan membabitkan dua pelajar perempuan Tingkatan Satu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati pemandu dipercayai tersilap menekan pedal minyak sebelum kenderaan dipandu terbabas dan melanggar mangsa.

Seorang Maut, Seorang Lagi Parah

Akibat rempuhan itu, seorang pelajar disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Seorang lagi mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius dan kini sedang menerima rawatan di hospital. Kes masih dalam siasatan pihak polis. – The Malaysian Update

The post Guru Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah, Seorang Maut appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved