Guru tahfiz dipenjara 11 tahun, 12 sebatan liwat tiga pelajar

17 Aug 2026 • 5:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guru tahfiz dipenjara 11 tahun, 12 sebatan liwat tiga pelajar

MELAKA – Perbuatan seorang guru tahfiz melakukan seks luar tabii terhadap tiga pelajar lelakinya berbalas selepas dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Aimanuddin Julaihi, 31, mengaku bersalah selepas 10 pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut lapan pertuduhan, tertuduh didapati melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang pelajar lelaki yang ketika itu berusia 13 tahun.

Bagi dua lagi pertuduhan, pemuda tersebut turut melakukan kesalahan sama terhadap dua pelajar lain berusia 14 dan 16 tahun ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di beberapa lokasi termasuk di bilik tidur, pejabat, dewan makan, perpustakaan dan sekitar kawasan pusat tahfiz di Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah antara Mei dan Julai 2025.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman penjara berjalan serentak, selain menanggung abang dan ibu yang sakit.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin bagaimanapun memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Rohatul menetapkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan pertama hingga lapan serta penjara 11 tahun dan dua sebatan bagi dua pertuduhan lain. Hukuman penjara diarahkan berjalan serentak bermula 3 Ogos lalu.- KOSMO! ONLINE

The post Guru tahfiz dipenjara 11 tahun, 12 sebatan liwat tiga pelajar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved