Guru Tahfiz Guna Anak Yatim Main ‘Player Knockout’ Dengan Wanita Seksi Di TikTok

LocalPolitics
17 Aug 2024 • 4:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila satu video memaparkan seorang guru tahfiz dilihat sedang membuat siaran langsung bersama anak-anak yatim dan juga wanita seksi.

Difahamkan, mereka sedang melakukan pertandingan ‘Player Knockout’ (PK) yang digemari pengguna TikTok di mana masing-masing bersaing antara satu sama lain bagi mendapatkan wang menerusi ‘gift’ yang diberikan penonton.

Namun, apa yang menjadi kekesalan adalah apabila guru tahfiz yang membawa imej agama Islam itu tergamak menggunakan anak-anak yatim dengan cara sebegitu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya mengecam tindakan guru tahfiz itu yang dianggap seperti menunggang agama dan memanipulasi anak yatim.

image is not available

Malah, ada yang meluahkan rasa simpati dengan keadaan anak-anak yatim yang hanya mengikut arahan guru mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah,

image is not available 2 days ago

Pemilik Restoran Burger Dikecam Buat Video Menjatuhkan Ryan Bakery - "Busuk Hati Betul Sampai Sanggup Edit Macam Ni"