Guru zahir penghargaan kepada Menteri Pendidikan

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 10:07 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Guru zahir penghargaan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek atas peruntukan baik pulih bilik guru

Seorang guru menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek atas peruntukan baik pulih bilik guru yang kini memberikan suasana lebih selesa dan ceria kepada warga pendidik di sekolahnya.

Menerusi satu hantaran di Threads, guru berkenaan berkongsi kegembiraan apabila bilik guru mereka menerima pelbagai kemudahan baharu termasuk meja, cat dinding, pintu serta pemasangan jeriji besi.

Menurutnya, perubahan tersebut nyata menggembirakan rakan-rakan guru yang kini dapat menjalankan tugas dalam persekitaran lebih selesa berbanding sebelum ini.

“Kesian kan meja guru kami? Terima kasih YB Fadhlina Sidek atas peruntukan baik pulih bilik guru.

“Meja baru dapat, cat baru, pintu baru, grill besi untuk keselesaan guru. Masing-masing seronok senyum sampai telinga,” tulisnya.

View on Threads

Bagaimanapun, guru berkenaan memaklumkan masih terdapat keperluan untuk menambah kira-kira 20 unit meja baharu bagi memastikan semua guru dapat menikmati kemudahan yang sama.

“Ni kalau dapat dalam 20 unit meja lagi, akan lengkap untuk semua guru dapat meja baru yang cantik dan selesa.

“Bawa bersabar yaa kawan-kawan lain,” katanya dalam nada berseloroh.

Menariknya, hantaran penghargaan itu turut mendapat perhatian Fadhlina yang membalas sendiri ucapan terima kasih berkenaan menerusi ruangan komen.

“Sama-sama cikgu. Kirim salam semua,” balas Menteri Pendidikan itu.

The post Guru zahir penghargaan kepada Menteri Pendidikan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved