
SANTIAGO – Fenomena luar biasa melanda Gurun Atacama di Chile apabila padang pasir paling kering di dunia itu tiba-tiba diliputi salji pada Isnin lalu, lapor laman berita berita kumparan.
Ia menjadi pemandangan luar biasa yang mengejutkan penduduk tempatan serta komuniti antarabangsa.
Menurut maklumat Agensi Meteorologi Chile, kejadian itu berpunca daripada pergerakan sistem frontal melintasi wilayah Norte Grande.
Pergerakan sistem angin berbeza tersebut membawa kelembapan tinggi serta hujan ke kawasan tanah tinggi Altiplano, yang kemudiannya bertukar menjadi salji akibat suhu musim sejuk yang sangat rendah.
Beberapa keping gambar dan video yang tular di platform media sosial memaparkan pemandangan unik antara lanskap kering Gurun Atacama dan lapisan salji tebal. – AGENSI
The post Gurun paling kering dunia diliputi salji appeared first on Kosmo Digital.






