
Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Stacy mengakui teruja apabila melihat nama suaminya, Akim Ahmad antara calon yang tersenarai di kerusi Hot Seat program berkenaan.Menurut Stacy, dia perlu berbincang terlebih dahulu bersama suami sekiranya Akim benar-benar menyertai GVF, memandangkan masing-masing mempunyai komitmen tertentu.“Saya pun tak tahulah macam mana, nak kena bincang dulu, siapa nak tolong saya, takkan kita nak bermusuh kan.“Buat masa ini saya tak dapat nak fikir lagi tapi sebenarnya saya teruja juga bila nampak ada nama dia di hot seat.“Dia pun macam saya juga, sentiasa suka nak belajar sebab pentas ni untuk kita execute, kita buat lagu dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Gempak selepas tamat konsert GVF minggu pertama.Bagaimanapun kata Stacy, dia tidak menolak kemungkinan berasa lebih gugup jika suaminya turut berentap di pentas sama kerana sudah mengetahui kemampuan Akim ketika beraksi.“Kalau dia masuk saya bertambah gugup dan risau sebab kita tahu apa yang Akim boleh berikan dan juga pencapaiannnya.“Memamg sangat wow dan saya respek dia sanggup masuk dan dengan apa yang dia dah lalui dia memamg the real performer.“Sebenarnya walaupun kami suami isteri, kami sebenarnya berlawan antara satu sama lain. Jadi saya risau sebab ini adalah pentas yang sangat serius. Saya harap segalanya dipermudahkan untuk kami,” ujarnya.Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.Menariknya lagi, senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat GVF juga turut diperkenalkan.BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganzaUntuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.






