
Maestro muzik dan juga ketua juri Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Profesor Adjung Datuk Ramli MS meluahkan rasa kagum terhadap kemampuan vokal penyanyi Stacy yang disifatkan masih konsisten sejak mula mengenalinya menerusi program Akademi Fantasia (AF) musim keenam.Menurut Ramli, Stacy sememangnya memiliki kelebihan dari segi vokal apabila mampu menyampaikan lagu menggunakan key asal tanpa perlu menurunkan nada bagi menyesuaikan kemampuan suaranya.“Stacy merupakan pelajar saya ketika di Akademi Fantasia dan sewaktu dia menyanyi, ada satu perkara yang membuatkan saya kagum iaitu dia tidak menurunkan key lagu asalnya.“Dia menyanyi menggunakan key asal, jadi walaupun saya naikkan lagi setengah key, dia masih mampu mencapainya.“Itu bermakna, kemampuan vokalnya sebenarnya boleh pergi lebih tinggi daripada apa yang anda dengar hari ini,” jelasnya.BACA SINI: GV Fantasia: Baru Mula, Stacy Terus ‘Take Over’ Top 1! Semak Markah Penuh Minggu PertamaDalam pada itu, Ramli berkata Stacy juga berjaya menjaga stamina serta kemampuan vokalnya sepanjang bergelar anak seni, sekali gus membuktikan konsistensi bintang GVF itu dalam dunia seni.“Dia mempunyai julat vokal tersebut dan sepanjang hampir 20 tahun ini, dia berjaya mengekalkan kemampuan vokal itu. Bagi saya, perkara tersebut sangat menakjubkan,” katanya.Mengulas mengenai kejayaan Stacy yang dinobatkan sebagai juara pada zaman AF Ramli menyifatkan kemenangan tersebut memang layak diterimanya.“Dia juga menjaga stamina dan sebagainya. Jadi, apabila orang mengundinya sebagai juara, memang layaklah.“Pada zaman itu, kami sebagai juri tidak mempunyai kuasa kerana keputusan hanya ditentukan menerusi undian. Well, it’s well deserved,” ujarnya.Untuk info, Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram merupakan pengetua Akademi Fantasia 6 (AF6) pada tahun 2008.Pada zaman tersebut, Stacy telah dinobatkan sebagai juara AF6.GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.Menariknya lagi, senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat GVF juga turut diperkenalkan.BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganzaUntuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.






