GV Fantasia: Bakal Berentap, Akim & Stacy Mahu Jaga Emosi & Kesihatan - “Kita Kena Duduk…”

17 Nov 2026 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Bakal Berentap, Akim & Stacy Mahu Jaga Emosi & Kesihatan - “Kita Kena Duduk…”

Pasangan suami isteri yang bakal berentap di program Gegar Vaganza Fantasia (GVF) iaitu Akim dan Stacy mengambil pendekatan untuk saling menjaga emosi serta kesihatan sepanjang bertanding bagi program berkenaan.Menurut Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, perkara tersebut sangatlah penting bagi memastikan persaingan di pentas GVF tidak memberi kesan terhadap hubungan mereka sebagai suami isteri.Menurutnya, dia berharap sebarang ketegangan yang mungkin timbul sepanjang pertandingan tidak dibawa sehingga ke rumah, malah mereka tetap mahu mengekalkan rutin sebagai pasangan suami isteri.“Saya harap dia tidak kacau mental saya. Kalau boleh, dia jaga mental saya. Kita kena duduk satu katil juga tak kira apa.“Tapi saya bersyukur dan gembira apabila diundi masuk,” katanya kepada Gempak.Akim berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kedua GVF yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.Dalam masa yang sama, Akim memaklumkan mereka juga sudah merancang lebih awal mengenai urusan anak-anak bagi memastikan penyertaannya bersama Stacy dalam GVF tidak mengganggu tanggungjawab sebagai ibu bapa.“Insya-Allah, sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran ini, kami sudah berbincang dengan keluarga sama ada mereka boleh memberikan komitmen untuk membantu.“Alhamdulillah, semua memberikan sokongan yang kuat. Saya sangat bersyukur kerana ibu mentua sendiri menawarkan diri untuk membantu menjaga anak-anak,” ujarnya.Sementara itu, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam meluahkan rasa syukur apabila ahli keluarga tampil memberikan bantuan bagi menguruskan anak-anak sepanjang mereka terlibat dengan GVF.Menurut Stacy, dia lebih tenang kerana anak-anak dijaga oleh orang yang sudah dikenali dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga berbanding menyerahkan tanggungjawab itu kepada individu luar.“Bukan tak mahu panggil orang untuk tengokkan, cuma apabila kita tinggalkan anak-anak, kalau boleh biarlah orang yang rapat atau ahli keluarga sendiri yang membantu memantau mereka.“Jadi, itu antara sistem sokongan terbesar yang membolehkan kami menyertai GVF,” jelasnya.Pada Ahad, Akim diumumkan sebagai salah seorang daripada empat alumni AF yang terpilih untuk menyertai GVF selepas meraih undian tertinggi daripada peminat.Selain Akim, tiga lagi alumni yang terpilih termasuklah Farah Anuar, Felix Agus dan Ara Johari.Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved