
Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Vince, meluahkan rasa syukur apabila berjaya menunjukkan sedikit peningkatan dalam persembahannya pada konsert minggu kedua.Menerusi perkongsian di media sosial, Vince berkata selain peningkatan, dia dia juga semakin selesa menggunakan peranti in-ear monitor.“GV Fantasia minggu kedua siap. Okay lah ada peningkatan sikit tempat kelapan, naik ketujuh. Bersyukur lah.“Saya perlahan-lahan sedang cuba membiasakan diri dengan penggunaan in-ear monitor dan tidak lagi berasa terlalu gementar,” kongsinya.Sementara itu, mengulas mengenai persembahannya, Vince menyifatkan lagu Hasrat yang dipersembahkan pada minggu kedua ini cukup dekat dengan dirinya.Jelas Vince, lagu tersebut sebenarnya mempunyai kenangan tersendiri bersama arwah bapanya.Disebabkan itu juga, Vince mengakui pengalaman membawakan lagu tersebut turut membuatkan emosinya tersentuh, sekali gus mendorongnya untuk menyampaikan lagu berkenaan dengan penuh penghayatan.“Lagu Hasrat merupakan sebuah lagu yang emosional buat saya kerana dapat dikaitkan dengan arwah ayah.“Apa-apa pun, saya menyanyi dari hati dan sudah memberikan yang terbaik. Namun, masih banyak ruang untuk diperbaiki. Vince akan terus berjuang. Minggu depan, Bunyi Gitar pula,” coretnya.Minggu kedua menyaksikan Vince berada dikedudukan ketujuh dengan peratusan markah sebanyak 49.19 peratus.Untuk info, konsert minggu kedua GVF menampilkan empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim AF7, Farah AF2, Felix AF3, dan Ara Johari (AF2016) diumumkan sebabai bintang yang berjaya mengisi kekosongan dan bakal berentap bersama alumni yang lain. GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala CelcomDigi pula merupakan penaja utama rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.






