GV Fantasia: Enggan Kecewakan Peminat! Mawi Cari Jalan Hadir Konsert & Gegar Vaganza - "Kami Akan Buat..."

5 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Enggan Kecewakan Peminat! Mawi Cari Jalan Hadir Konsert & Gegar Vaganza - "Kami Akan Buat..."

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Mawi memberi jaminan konsert The Journey Of "Mawi World" tidak akan ditunda meskipun jadualnya bertembung dengan komitmennya menyertai program realiti nyanyian berkenaan.Menurut Mawi, peminat yang sudah mendapatkan tiket tidak perlu bimbang kerana konsert tersebut tetap akan diteruskan seperti yang dirancang."Yang dah beli tiket jangan risau sebab konsert tetap akan berjalan dan ia tidak akan ditunda. Sama juga dengan GVF, ia tetap akan berjalan dan saya akan ada di GVF."Jangan risau, kita akan bagi benda ini jadi. Kami akan buat magic," katanya kepada Gempak.Mengulas lanjut, Mawi mengakui masih lagi berbincang dan menyusun jadual terbaik bagi memastikan kedua-dua komitmen dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan mana-mana pihak."Konsert itu memang kita dah rancang lebih awal sebelum datangnya tawaran GVF, jadi ia masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana nak berada di dua tempat."Kami masih lagi menyusun supaya semuanya berjalan lancar, tetapi kami perlu berada di dua tempat itu," tambahnya.Konsert  The Journey Of "MAWI WORLD" itu turut menampilkan beberapa penyanyi lain antaranya Akhil Hayy, Daly Filsuf, Felix Agus, Datuk AC Mizal dan Datuk Aznil Hj Nawawi.Sekadar info, GV13 bakal menampilkan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman berentap untuk merebut gelaran juara di pentas berprestij ini.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved