GV Fantasia: Nama Adira Suhaimi Mula Disebut-Sebut, Ini Respon Tuan Badan - "Kalau Ada Rezeki, Why Not?"

28 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Nama Adira Suhaimi Mula Disebut-Sebut, Ini Respon Tuan Badan - "Kalau Ada Rezeki, Why Not?"

Penyanyi, Adira Suhaimi menyedari namanya mula disebut-sebut netizen sebagai antara calon yang bakal menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza Fantasia (GVF).Menurut Adira, dia berterima kasih kepada peminat yang masih mengingatinya sebagai bekas peserta Akademi Fantasia, sekali gus mencadangkan namanya untuk kembali beraksi dalam program realiti.“Saya ada dengar nama disebut-sebut. Alhamdulillah, masih ada lagi yang mengingati saya sebagai peserta Akademi Fantasia. Buat masa sekarang, tidak ada pengesahan yang boleh saya buat.“Lagipun, saya baru habis program TTMM, jadi mahu fokus dahulu kepada anak-anak,” katanya kepada Gempak.Dalam pada itu, Adira tidak menolak kemungkinan untuk menyertai GVF sekiranya diberikan rezeki dan mempunyai kelapangan masa yang bersesuaian.“Insya-Allah, kalau ada rezeki dan masa mengizinkan, insya-Allah why not, kan?” ujarnya.Terdahulu, nama Adira menjadi pilihan netizen untuk menyertai Gegar Vaganza musim ke-13 atau Gegar Vaganza Fantasia sekali gus melengkapi barisan peserta untuk musim terbaharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved