GV Fantasia: Haqiem Rusli Pun ‘Request’ Akim Nyanyi Mahakarya Cinta - “Jadi Kita Dah Boleh Dengar Abang Akim…”

16 Nov 2026 • 4:04 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Haqiem Rusli Pun ‘Request’ Akim Nyanyi Mahakarya Cinta - “Jadi Kita Dah Boleh Dengar Abang Akim…”

Penyanyi, Haqiem Rusli meluahkan rasa teruja apabila rakan seperjuangan, Akim Ahmad diumumkan sebagai bintang kerusi panas Gegar Vaganza Fantasia (GVF).Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem menyatakan rasa tidak sabar untuk mendengar Akim menyampaikan lagu Mahakarya Cinta, nyanyian asal penyanyi, Faizal Tahir secara langsung di pentas GVF.Malah, Haqiem turut berharap Akim berpeluang membawakan lagu popular itu dalam program berkenaan tidak lama lagi.“Jadi kita dah boleh dengar abang akim nyanyi live lagu mahakarya cinta secara proper di GV Fantasia lah kan soon!” coretnyaPerkongsian itu ternyata menarik perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Haqiem.Antara komen netizen:Terdahulu, video yang merakamkan penyanyi, Akim Ahmad menyampaikan lagu Mahakarya Cinta nyanyian asal Faizal Tahir kembali tular di media sosial.Momen tersebut berlaku ketika Akim bertugas sebagai juri tetap dalam program realiti nyanyian Big Stage Rocketfuel.Ketika itu, Akim sedang memberikan tunjuk ajar kepada salah seorang bintang program berkenaan iaitu Hussain tentang cara menyampaikan dan menghayati lagu dengan baik.Nyanyian ringkas itu ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada penonton apabila ramai mengakui masih belum boleh ‘move on’ dengan kelunakan suara Akim ketika menyampaikan lagu berkenaan.Untuk info, konsert minggu kedua GVF menampilkan empat alumni Akademi Fantasia (AF)  iaitu Akim AF7, Farah AF2, Felix AF3, dan Ara Johari (AF2016) diumumkan sebabai bintang yang berjaya mengisi kekosongan dan bakal berentap bersama alumni yang lain. GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala CelcomDigi pula merupakan penaja utama rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved