‘Terkejut dapat tahu’ – Farah impi masuk GV sejak musim kedua

EntertainmentLifestyle
16 Nov 2026 • 9:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Terkejut dapat tahu’ – Farah impi masuk GV sejak musim kedua

SHAH ALAM – Lolos ke Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Farah Diana Anuar teruja apabila impian untuk masuk ke pertandingan tersebut akhirnya tercapai.

Farah, 41, mengakui menitiskan air mata bersama keluarga sebaik sahaja mengetahui keputusan dapat menyertai kerusi panas GVF.

“Terkejut apabila dapat tahu Jumaat lalu, saya sempat peluk dan menangis dengan suami dan anak-anak.

“Selepas itu baru telefon ibu bapa dan adik-beradik. Tapi saya memang mengharaplah untuk masuk.

“Dah lama saya tanya nak masuk GV dari musim kedua. Waktu itu katanya memang tak ambil bekas pelajar AF. Saya pun pasrah,” katanya kepada Kosmo! Online, semalam.

Meskipun pernah kecewa, pelantun lagu Tangisan Dalam Kerinduan itu tidak pernah berputus asa dan menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkarya.

“Bila dapat jawapan tak ada, saya anggap bukan rezeki di sinilah.

“Maksudnya saya carilah platform lain, sekarang pun ada macam-macam media sosial.

“Tapi alhamdulillah, nampaknya rezeki memang di sini juga,” ujarnya.

Ditanya alasan mahu menyertai GV, Farah mengakui amat merindui bidang nyanyian memandangkan sebelum ini memberi fokus terhadap bidang pengacaraan.

“Bila sampai tahap GVF, inilah masanya untuk saya kembali beraksi.

“Saya rindu sangat nak menyanyi. Sebelum ini saya banyak tawaran mengacara dan buat persembahan korporat.

“Orang tak tahu saya masih lagi menyanyi. Jadi saya rindu nak buat persembahan kembali,” katanya lagi.

Semalam, Farah diumumkan sebagai peserta GVF bagi mengisi empat kekosongan di posisi kerusi panas.

Selain Farah, beberapa peserta AF lain seperti Akim, Felix dan Ara Johari turut lolos ke pentas GVF.

Keempat-empat mereka akan bertanding bersama sembilan peserta lain iaitu Mawi (AF3), Vince (AF1), Faizal (AF4), Shahir (AF8), Mila Jirin (AF5), Stacy (AF6), Zahid (AF2), Faizul Sany (AF2013) dan Firman Bansir (AF2014). – KOSMO! ONLINE

The post ‘Terkejut dapat tahu’ – Farah impi masuk GV sejak musim kedua appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved