9 Bekas Juara AF Ini Bakal Berentap Di Gegar Vaganza Bulan Depan!

Entertainment
22 Oct 2026 • 5:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft GV

Gegar Vaganza musim terbaru kembali lagi, kali ini ada kelainan luar biasa menerusi edisi khas, Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang bakal menghimpunkan barisan juara daripada program Akademi Fantasia (AF)!

Pengumuman senarai sembilan peserta terawal ini telah dibuat menerusi satu sidang media yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Khamis.

Screenshot 2026 10 22 165613

  • Vince (AF1)
  • Zahid (AF2)
  • Mawi (AF3)
  • Faizal (AF4)
  • Mila Jirin (AF5)
  • Stacy (AF6)
  • Shahir (AF8)
  • Faizul (AF2013)
  • Firman (AF2014)

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, edisi khas ini dibawakan untuk mengimbau kenangan bersama penonton. Ia sekali gus menggabungkan dua jenama paling ikonik dalam sejarah penyiaran tempatan.

“Akademi Fantasia merupakan antara program yang mencetuskan populariti Astro dalam kalangan penonton Malaysia, manakala Gegar Vaganza pula menjadi antara jenama program realiti paling kukuh selepas bersiaran selama 13 tahun.”

“Sempena merayakan tiga dekad Astro, kami merasakan inilah masa yang paling sesuai untuk menggabungkan dua jenama ikonik ini menjadi satu,” jelas Raqim.

Tambah beliau lagi, program seumpama ini hanya dilakukan sekali dalam beberapa tahun demi memberikan kelainan dan keistimewaan buat para penonton setia.

Dalam pada itu, GVF turut menjanjikan pelbagai kejutan menarik! Antaranya, terdapat empat lagi peserta lain yang bakal diumumkan semasa konsert akan datang nanti.

Screenshot 2026 10 22 165822

Penonton dan peminat juga diberi peluang untuk mengundi artis legenda pilihan mereka menerusi saluran undian khas yang disediakan

Bagi barisan juri pula, GVF masih mengekalkan tiga juri tetap yang sememangnya tidak asing lagi iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Pentas persembahan pula pasti lebih riuh dan meriah apabila bakal dikendalikan oleh tiga pengacara popular iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

GVF akan mula bersiaran pada 9 November ini, jam 9.00 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Korang boleh tonton rancangan ini menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved