GV Fantasia: Vince, Faizal & Shahir Nyaris Tersingkir! Stacy Unggul Di Tangga Pertama

16 Nov 2026 • 12:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Vince, Faizal & Shahir Nyaris Tersingkir! Stacy Unggul Di Tangga Pertama

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Vince, Faizal dan Shahir menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran diumumkan pada minggu kedua. Keputusan itu diumumkan sewaktu segmen 'Ada Lagu Ada Lagi'. Sementara itu, Stacy berjaya meraih markah tertinggi sekali gus berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga pertama untuk minggu kedua. Stacy yang menyampaikan lagu Rampas nyanyian asal Akim & The Masjitret turut meraih pujian daripada juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat yang mengambarkan persembahan isteri Akim itu sebagai persembahan bertaraf juara sebenar. Dalam perkembangan sama, empat alumni Akademi Fantasia (AF)  iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) diumumkan sebabai bintang yang berjaya mengisi kekosongan dan bakal berentap bersama alumni yang lain. Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala CelcomDigi pula merupakan penaja utama rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved