H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H

21 Sep 2026 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H
Bidaan H1 cecah RM10.7 juta. Foto media sosial

SHAH ALAM – Nombor pendaftaran H1 mencatat nilai mencecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H yang diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bidaan bagi siri H1 hingga H9999 dibuka menerusi sistem JPJeBid bermula 16 hingga 20 September sebelum keputusan bidaan diumumkan pada 21 September.

Perkara itu dikongsikan pengguna media sosial yang rata-ratanya terkejut dengan nilai bidaan tersebut.

Siri H diperkenalkan sempena sambutan Hari Malaysia dan merupakan siri nombor pendaftaran khas menggunakan huruf tunggal terakhir yang ditawarkan JPJ.

Huruf H dipilih sebagai simbolik kepada perkataan ‘harmoni’, selaras dengan mesej perpaduan dan keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia.

Sebelum ini Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dilapor berkata, huruf H dipilih kerana sinonim dengan perkataan 'harmoni’, sekali gus membawa simbolik keharmonian masyarakat dan negara sempena Hari Malaysia.

Menurut beliau, selepas siri H, JPJ tidak lagi akan menawarkan nombor pendaftaran khas menggunakan huruf tunggal.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved