
Pencarian mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Genting Highland – Batang Kali telah ditamatkan beberapa hari lepas selepas kesemua mangsa telah ditemui. Ketika ini, kerja-kerja pembersihan kawasan kejadian sedang dijalankan.
Terkini, kereta-kereta mangsa kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm telah dibawa keluar. Hampir kesemua kereta hancur dan mengalami total lost.
Sebuah video yang menunjukkan beberapa buah trak tunda yang membawa keluar kereta mangsa dari lokasi kejadian telah mengundang seba orang ramai.
Korang boleh tengok video @jnmalaysia dibawah.
Ini antara beberapa buah kenderaan mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali yang dibawa keluar melalui towing. Semuanya ranap. Total lost. Scrap https://t.co/Ybjv9LgOKQ pic.twitter.com/9amkdcvZeb
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) December 29, 2022
Habis remuk
Sedih tak terkata lepas tengok kereta-kereta mangsa yang dibawa keluar tu. Hancur kena tanah runtuh, dah memang tak boleh buat apa dah.

Betul, kalau ada orang edit video ni tambah lagu sedih memang keluar air mata juga. Tak boleh bayangkan macam mana keluarga mangsa menghadapi tragedi ini.

Teruk weh sampai habis remuk kereta tu. Itu kereta, tak tahu lah keadaan mangsa yang pihak SAR jumpa tu macam mana kan. Tak dapat dibayangkan.

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga ahli keluarga mangsa yang terkorban dan mangsa-mangsa yang terselamat dapat menghadapi ujian ini dengan tabah.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

