“Habis semua dia sapu” – [VIDEO] Polis Kesan Lelaki Bermotosikal Kantoi Curi Pakaian Dalam Wanita

Entertainment
16 May 2024 • 10:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mana-mana wanita pun mesti berada dalam keadaan ketakutan jika terpaksa berdepan dengan individu yang gila seks dan mempunyai nafsu yang bukan-bukan.

Terbaru, tular satu video memaparkan seorang lelaki bermotosikal dilihat berhenti di pintu belakang sebuah rumah sebelum mencuri sebilangan pakaian dalam yang dijemur di situ.

Lelaki itu kemudian dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan kawasan tersebut dengan motosikal yang dinaikinya.

Polis kesan lelaki curi pakaian dalam

Polis kini juga difahamkan sedang mengesan lelaki yang dipercayai mencuri pakaian dalam wanita itu di Taman Titi Heights, Balik Pulau, Pulau Pinang pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pengesanan itu dibuat susulan pihak mereka menerima laporan daripada seorang kerani berusia 32 tahun.

Pengadu mendakwa pakaian dalam miliknya yang dijemur berhampiran pagar belakang rumah disedari hilang kira-kira jam 10.30 pagi.

image is not available

Hasil pemeriksaan CCTV juga mendapati lelaki tidak dikenali itu telah mengambil bersama penyangkut baju jemuran pakaian dalam wanita tersebut pada jam 4.47 pagi.

Suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran tidak jelas dan mangsa kerugian RM100 kerana hilang baju dalam, seluar dalam serta stoking sekolah anaknya,” katanya.

Tambahnya lagi, ini adalah kejadian kedua terjadi selepas Mac tahun lalu yang menyebabkan mangsa memasang CCTV di rumahnya.

Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8664122 atau balai polis berhampiran.

Sumber: X, Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.