Had Budi Madani naik terjemah pengurusan ekonomi konsisten

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 5:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Had Budi Madani naik terjemah pengurusan ekonomi konsisten

PUTRAJAYA- Keupayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menguruskan ekonomi dan kewangan negara terus diterjemahkan menerusi disiplin fiskal kerajaan yang konsisten, selain memastikan pertumbuhan ekonomi dipacu demi kesejahteraan rakyat.

Perkara itu dilihat berikutan keputusan kerajaan dalam mengembalikan had kelayakan bulanan Budi Madani RON95 (Budi95) dan Budi Madani Diesel (BudiDiesel) ketika Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan yang berlangsung Ahad lalu.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Dr. Mashitah Mohd. Udin berkata, keputusan berkaitan Budi95 dan Budi Diesel wajar dilihat dalam konteks lebih luas, khususnya daripada sudut pengurusan fiskal, kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, pengembalian atau penyesuaian had kelayakan sememangnya memberi kelegaan kepada sebahagian rakyat, namun pada masa sama kerajaan perlu memastikan langkah tersebut dapat dilaksanakan secara mampan tanpa memberi tekanan berlebihan kepada kedudukan kewangan negara.

“Sama ada keputusan ini dipengaruhi oleh pertimbangan ekonomi semata-mata atau turut mengambil kira perkembangan politik dan pilihan raya, yang lebih penting ialah keberkesanan pelaksanaannya.

“Ini termasuk dalam ketelusan dasar serta sejauh mana manfaat benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan berkata, keputusan kerajaan mengembalikan had kelayakan Budi95 dan Budi Diesel dibuat selepas mengambil kira prestasi ekonomi dan kemampuan kewangan negara.

Mengulas lanjut, Mashitah berkata, prestasi sesebuah kerajaan bukan hanya dinilai melalui satu keputusan atau bantuan tertentu, tetapi melalui keupayaan mengurus ekonomi secara konsisten dan menjaga disiplin fiskal.

Dalam konteks ini, katanya, sokongan atau kritikan terhadap kerajaan sewajarnya berasaskan prestasi, data dan hasil dasar, bukan sentimen politik semata-mata. – KOSMO! ONLINE

The post Had Budi Madani naik terjemah pengurusan ekonomi konsisten appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved