Hadiah daripada suami, Intan Najuwa dapat seekor kuda sempena hari lahir

6 Sep 2023 • 2:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Selepas hampir sebulan bernikah, pelakon bertubuh genit Datin Intan Najuwa sekali lagi berkongsikan momen istimewa apabila menerima sesuatu daripada suaminya.

Menerusi perkongsian TikTok milik Intan, hadiah berupa seekor kuda putih itu diberikan sempena ulang tahun kelahirannya ke-26 pada 18 Ogos lalu yang juga tarikh perkahwinan mereka.

@intannajuwaaa

The best birthday gift ever from Husband Welcome to the fam bam, Trulala

♬ original sound – hello – hello

“Hadiah hari lahir terbaik daripada suami. Selamat datang Trulala,” tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Ahmad Azraf Azman itu kelihatan sangat teruja bertemu dengan kuda yang diberi nama Trulala buat kali pertama di sebuah kandang sambil ditemani suaminya.

Menjengah ruangan maklum balas, rata-rata warganet turut berkongsi keterujaan dan menyifatkan Intan sebagai seorang yang bertuah kerana dikurniakan suami penyayang.

Seronoknya dapat kuda

image is not available

Dunia Intan macam puteri

image is not available image is not available image is not available

Untungnya dia…

image is not available

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan tersebut pada bulan lalu di Desaru Coast, Johor dan menerima wang hantaran sebanyak RM222,000.

Walaupun berkahwin dengan seorang berpangkat Datuk, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu bagaimanapun memberitahu dia lebih selesa dipanggil Intan kerana gelaran Datin tidak memberi manfaat.

Sumber: TikTok @intannajuwaaa