Intan Najuwa Dapat Hadiah ‘Trulala’ Dari Suami Sempena Hari Jadi

Entertainment
6 Sep 2023 • 12:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon kecil molek Intan Najuwa baru-baru ini ada berkongsi mengenai hadiah ‘istimewa’ daripada suami tersayang, Datuk Azraf Azman sempena hari lahirnya yang ke-26 tahun.

Dalam hantaran TikTok itu, Intan memaklumkan bahawa dia telah menerima seekor kuda berwarna putih dan kelihatan teruja ketika bertemu untuk kali pertama.

https://www.tiktok.com/@intannajuwaaa/video/7275299113581694215

Dia dalam pada itu dilihat sangat menghargai hadiah istimewa pemberian suaminya itu.

Hadiah hari jadi terbaik daripada suami. Selamat datang ke keluarga kami, Trulala.

Memberi nama kuda barunya itu dengan gelaran Trulala, ruangan komen hantaran video TikTok itu dipenuhi ucapan hari jadi dan netizen turut berkongsi keterujaan yang sama dengan Intan.

Kata netizen, Intan sangat bertuah kerana dikurniakan suami penyayang selain mendoakan agar perkahwinan pasangan itu kekal sehingga ke akhir hayat.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.