Fattah Amin Perjelas Isu Terima Hadiah Kereta Mewah Daripada Fazura - “Itu Syarikat Punya, Gaji Saya Ditolak Untuk Bayar…”

8 Oct 2024 • 10:27 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Fattah Amin menepis dakwaan pernah menerima hadiah kereta mewah jenis Range Rover daripada bekas isterinya, Fazura.

Jelas Fattah, kenderaan tersebut merupakan kereta milik syarikat Fazura. 

Tolak gaji

Malah, pelakon filem Pendekar Awang itu juga memaklumkan dia menggunakan wang sendiri untuk membayar wang ansuran bulanan kereta tersebut. 

“Dia hadiahkan kereta kepada saya? Salah, itu daripada syarikat Fazura, semua orang tahu saya bekerja dengan syarikatnya.

“Gaji saya itu ditolak untuk bayar kereta Range Rover itu.

“Bagi saya, tak perlu ungkit perkara kecil sebegitu,” ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.

 

Terdahulu, Fazura mendakwa Fattah mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyediakan nafkah dan Fazura yang menyediakan tempat tinggal, makan dan minum mereka.

Malah, Fazura turut mendakwa dia menghadiahkan kereta Range Rover untuk Fattah.

Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini. 

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.