Hadiah lumayan hingga RM8,000 di Bazar MR D.I.Y.

Business & Finance
1 Sep 2025 • 9:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Alex (depan) bergambar bersama-sama petugas D.I.Y dan media pada Bersama Satu Bazaar di Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway Pyramid di Subang Jaya pada Jumaat.
image is not available
Pengunjung mencuba permainan disediakan pada Bersama Satu Bazaar di Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway Pyramid.

HADIAH cabutan bertuah bernilai hingga RM8,000 menanti pengunjung Bersama Satu Bazaar anjuran MR D.I.Y. yang berlangsung di Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway Pyramid bermula Jumaat hingga Isnin ini.

Acara empat hari itu bukan sekadar medan membeli-belah dan hiburan keluarga, malah turut menawarkan beg tote percuma setiap hari kepada mereka yang menyertai Cabaran Pasport Bazaar.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, penganjuran kali ini lebih istimewa kerana selain menampilkan lebih 100 gerai makanan dan gaya hidup, pihaknya mahu berkongsi kegembiraan sambutan bulan kemerdekaan dengan hadiah lumayan untuk pengunjung.

**media[3257864]**

"Bersama Satu Bazaar bukan sahaja meraikan Hari Kemerdekaan ke-68 tetapi turut menghargai sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa bersama jenama kami,” katanya pada Jumaat.

Menurutnya, acara itu juga menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam meraikan Hari Merdeka selain menyokong perniagaan usahawan dan penggiat seni tempatan.

“Sebagai jenama kelahiran Malaysia, MR D.I.Y. bukan sahaja komited menyediakan produk berkualiti pada harga ‘Always Low Prices’, malah berusaha mencipta pengalaman bermakna yang menyatukan masyarakat,” tambahnya.

Alex berkata, selain hadiah menarik bazaar itu turut menampilkan pelbagai vendor makanan dan gaya hidup popular termasuk Coca-Cola, ZUS Coffee, Tealive serta Oriental Kopi.

Katanya, pelbagai tarikan hiburan keluarga juga disediakan seperti persembahan budaya, taman belon gergasi, bubble dome dan zoo mini.

Bersempena sambutan Merdeka, MR D.I.Y. turut melancarkan promosi istimewa membabitkan 98 produk terpilih di semua cawangannya di seluruh negara.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved