Hadiah pernikahan 6 tahun lalu jadi penawar jiwa, Zahirah MacWilson kongsi kemanisan mendalami al-Quran – ‘Setiap kerisauan dan kesakitan diredakan’

18 Aug 2026 • 5:20 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Hadiah pernikahan 6 tahun lalu jadi penawar jiwa, Zahirah MacWilson kongsi kemanisan mendalami al-Quran – ‘Setiap kerisauan dan kesakitan diredakan’

MENYENTUH jiwa dan mengalirkan rasa syahdu. Sesungguhnya hidayah serta petunjuk ALLAH SWT itu sentiasa hadir indah pada waktunya, membuka ruang kedamaian yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Begitulah kisah penghijrahan dan perjalanan spiritual pelakon anggun dan tinggi lampai, Zahirah MacWilson, yang kini semakin manis menyempurnakan penampilan berhijabnya. Di sebalik perubahan imej yang disenangi ramai, ada detik istimewa yang menjadi penawar serta penyuluh jiwa wanita jelita ini, kemanisan mendalami dan memahami isi kandungan al-Quran.

Setiap langkah kebaikan pasti ada permulaannya. Bagi pemilik nama sebenar Nur Zahirah MacWilson binti Zainol MacWilson, detik paling menyentuh hati bermula apabila dia mengkhatamkan bacaan terjemahan al-Quran secara keseluruhan.

Lebih istimewa lagi, ia merupakan naskhah penuh bermakna yang dihadiahkan oleh suami tersayang, Aiman Hakim Ridza, sempena hari pernikahan mereka enam tahun yang lalu.

“Subhanallah, rasa sedikit emosi pagi ini... Al-Quran yang indah ini dihadiahkan kepada saya oleh suami tersayang pada hari perkahwinan kami enam tahun lalu,” kongsinya dengan penuh rasa syukur.

Zahirah mengakui, pada awalnya dia memasang niat untuk membaca dan menghabiskan terjemahan al-Quran menjelang Ramadan lalu. Sungguhpun begitu, dia tidak menyangka perjalanan mendalami kalam Ilahi itu dipermudahkan dengan begitu pantas.

“Pada awal tahun ini ketika Ramadan, saya berniat untuk membaca dan menghabiskan terjemahan al-Quran.

Image from: Hadiah pernikahan 6 tahun lalu jadi penawar jiwa, Zahirah MacWilson kongsi kemanisan mendalami al-Quran – ‘Setiap kerisauan dan kesakitan diredakan’

"Sejujurnya, saya sangka ia akan mengambil masa lebih lama. Namun, apabila saya melazimi membaca beberapa muka surat setiap pagi selepas Subuh, timbul rasa rindu dan keinginan yang mendalam untuk mengetahui lebih banyak tentang kata-kata Pencipta kita.

"Setiap persoalan dan ketidakpastian terjawab. Setiap kerisauan dan kesakitan diredakan. Alhamdulillah, syukur. Ini baru permulaan, insya-ALLAH,” ujar ibu muda itu lagi.

Image from: Hadiah pernikahan 6 tahun lalu jadi penawar jiwa, Zahirah MacWilson kongsi kemanisan mendalami al-Quran – ‘Setiap kerisauan dan kesakitan diredakan’

Istimewanya, perjalanan indah berkenaan bukan sekadar buat dirinya seorang. Ibu kepada dua cahaya mata ini turut menitipkan pesanan ikhlas buat peminat dan sesiapa sahaja yang berhasrat untuk mengikut jejak langkah mendekatkan diri dengan al-Quran.

“Saya mendoakan yang terbaik buat sesiapa yang sedang berada dalam perjalanan yang sama atau yang berniat untuk memulakannya. Saya sangat menggalakkan anda untuk membaca dan memahami keseluruhan al-Quran dalam bahasa yang paling mudah anda fahami.

"Semoga ALLAH SWT membimbing kita, memastikan niat kita sentiasa ikhlas dan mempermudahkan segala urusan.

"Thank you Sayang @aimanhakimridza ” katanya penuh tulus.

Image from: Hadiah pernikahan 6 tahun lalu jadi penawar jiwa, Zahirah MacWilson kongsi kemanisan mendalami al-Quran – ‘Setiap kerisauan dan kesakitan diredakan’

Perkongsian positif itu turut mendapat sambutan hangat daripada para pengikutnya di media sosial. Rata-rata peminat menyuarakan rasa gembira dan tumpang bahagia melihat keindahan perjalanan spiritual pelakon tersebut.

Malah, ada yang berkongsi pengalaman peribadi selepas mula bertadabbur al-Quran, termasuk mengembara ke tempat-tempat bersejarah seperti Mesir dan Turkiye bagi menyusuri sejarah para nabi yang tercatat di dalam kalam suci itu.

Selain itu, netizen turut bersetuju bahawa pesona al-Quran memang luar biasa kerana ia sentiasa menarik jiwa seseorang secara halus untuk terus membacanya tanpa sedar.

Ramai yang menitipkan doa agar hati Zahirah sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi, selain memohon supaya ALLAH SWT melindungi serta mempermudahkan setiap urusan perjalanan hidupnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved