“Hadiah Untuk Hari Kemerdekaan” – Reaksi Penonton Lihat Kemenangan Pingat Gangsa Aaron & Wooi Yik Buat Rakyat Sebak

5 Aug 2024 • 12:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, seluruh rakyat Malaysia boleh dikatakan menonton perlawanan sengit badminton beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dengan pemain badminton Denmark, Anders Skaarup dan Kim Astrup.

Kemenangan yang berpihak kepada Aaron dan Wooi Yik iaitu 16-21, 22-20, 21-19 sememangnya menjadi satu kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia, semalam.

image is not available

Rakyat bangga

Hal yang lebih membanggakan, pingat gangsa yang dibawa pulang oleh Aaron dan Wooi Yik itu merupakan pingat pertama buat negara Malaysia untuk Sukan Olimpik Paris 2024.

Melalui platform TikTok, tular satu video memperlihatkan reaksi rakyat Malaysia yang menonton perlawanan yang cukup mendebarkan itu.

Sebak lihat semangat Aaron & Wooi Yik

Dapat dilihat, penonton bersorak dengan penuh semangat selepas kedua-dua pemain berjaya memenangi perlawanan badminton itu, tidak kira sama ada di dalam pusat membeli belah atau di kedai makan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat rakyat bangga dengan Aaron dan Wooi Yik yang berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan pingat untuk Malaysia.

image is not available

image is not available

image is not available 4 days ago

“Jangan Kerap Menyepi” - Dakwa Lee Zii Jia Bersikap Dingin Dengan Rakan Media, Teruk Pengulas Sukan Ini Dikecam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved