Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak

26 Apr 2023 • 11:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Walaupun beliau hidup dalam serba kekurangan, beliau tetap menjaga kebersihan dan menjaga solatnya

Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak. Kisah seorang warga emas yang terbiar di stesen minyak di Sabah telah menjadi tular di media sosial.

Warga emas tersebut dikatakan telah menghabiskan bertahun-tahun di stesen minyak tersebut telah menarik perhatian netizen hingga ada yang memberikan beliau bantuan.

image is not available
Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak

Beliau sudah 5 tahun duduk di stesen minyak terbiar

Seorang pengguna akaun Tiktok @adrianedy7 turut memberikan sumbangan dengan menghadiahkan sepasang baju raya, songkok, selipar baru dan beri duit raya kepada warga emas tersebut.

Gestur baik hati Adrian telah mengembirakan hati warga emas tersebut dan turut membuatkan netizen sebak dengan tindakannya yang mulia.

image is not available
Sumber: Tiktok

Beliau hidup sebatang kara

Menerusi kapsyen Adrian, warga emas tersebut dikenali sebagai Pakcik Osong. Beliau difahamkan telah menetap di stesen minyak yang terbiar selama 5 tahun tanpa bekalan elektrik.

Pakcik Osong yang berasal dari Semporna, Sabah ini hidup tinggal sebatang kara telah membuatkan netizen sebak. Walaupun beliau duduk di tempat terbiar beliau masih menjaga kebersihan diri dan sekelilingnya.

Lihat video di bawah:

@adrianedy7 Sebak sedih ziarah pakcik Osong di pagi hari raya, pakcik Osong tinggal di stesen minyak terbiar, asal Semporna Sabah, sudah 5 tahun di situ tinggal, tiada elektrik. Hadiahkan pakcik baju raya, songkok, selipar baru dan beri duit raya buat dia #fyp #adrianedy ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Netizen turut berterima kasih kepada Adrian kerana telah memberikan bantuan kepada Pakcik Osong. Pengguna akaun Tiktok Adrian ini juga terkenal dengan sifat beliau yang suka menolong dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Semoga tindakannya dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk juga membantu orang yang memerlukan. Dan juga buat Pakcik Osong, kami doakan semoga beliau dikurniakan kesihatan dan murahkan rezeki.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: