Wanita Tak Henti Luah Syukur, Dikurniakan Zuriat Selepas 19 Tahun Berkahwin

LocalFamily & Parenting
22 Apr 2025 • 12:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Dikurniakan zuriat

Sepasang suami isteri meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan zuriat yang diberi nama Sharifah Amanda Raudhah selepas 19 tahun berkahwin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Pakar Fertiliti & Ginekologi, Dr. Salleha Khalid di laman TikToknya, pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Syed Samsul dan Nor Asniah berkata puteri sulungnya itu telah dilahirkan pada 16 Januari lalu selepas mendapatkan rawatan di pusat perubatan terbabit.

Dikurniakan zuriat

@drsallehakhalid

Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu. Tahniah kpd Puan Nor Asniah dan En Syed Shamsul di atas kehadiran little princess . Mohon doakan kami di Sophea dan rakan2 TTC yg lain. Keep it up ttc

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

“Pada tahun 2024, kami mulakan untuk buat rawatan dapatkan anak. Tahun 2024 merupakan tahun ke-19 kami mencuba berjuang dapatkan Amanda.

“Alhamdulillah 16 Januari lahirlah bayi kami Amanda. Tahun ni juga merupakan tahun paling manis, tahun ke-20 usia perkahwinan kami. Alhamdulillah diraikan bersama bayi kami,” kata Nor Asniah.

Dalam pada itu, Nor Asniah sempat menitipkan nasihat kepada golongan ibu bapa yang masih berjuang untuk mendapatkan zuriat agar tidak berputus asa dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah.

Dikurniakan zuriat

image is not available

image is not available

“Kepada pejuang di luar sana, jangan pernah putus asa. Insya-Allah, Allah dah tentukan rezeki sesuatu untuk kita, Allah berikan sesuatu tepat pada masanya.

“Saya juga yakin setelah 20 tahun, ni masa tepat Allah beri kami cahaya mata ditunggu-tunggu. Jadi insya-Allah terus berusaha sabar dan paling penting sentiasa berdoa kepada Allah,” ujarnya.

Kagum dengan semangat Nor Asniah dan Syed Samsul

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan semangat pasangan suami isteri itu yang tidak pernah berhenti untuk bergantung harap pada rezeki zuriat.

image is not available

Masih ada harapan

Dalam pada itu, kisah Nor Asniah dan Syed Samsul telah menjadi sumber inspirasi dan harapan buat pasangan lain yang sedang berjuang mendapatkan cahaya mata.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @drsallehakhalid