Hadir Ke Mahkamah Untuk Sebutan Semula Kes, Vivy & Fadza Mengaku Tidak Bersalah

LocalBusiness & Finance
22 Jan 2025 • 11:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengasas platfrom e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar hari ini hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes berkaitan pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, tujuh tahun lalu

Usahawan berusaha 38 tahun itu dan suaminya bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

image is not available

Terdahulu, Vivy atau nama sebenarnya, Vivy Sofinas Yusof hadir ke mahkamah memakai baju serba putih bersama Fadzarudin.

Vivy dan Fadzarudin, 37, didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018.

Pasangan yang memiliki empat orang cahaya mata itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

image is not available 1 week ago

Tular Foto Notis Dari Mahkamah Sepang, Butik Vivy Yusof Di IOI City Mall Ditutup Gara-Gara Tak Bayar Sewa Berjumlah RM67,872?