Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof, dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan pilihan menyalahgunakan dana milik FashionValet Sdn Bhd berjumlah RM8 juta, yang melibatkan pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kejadian tersebut didakwa berlaku tujuh tahun lalu.
Datin Vivy Yusof, atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, bersama suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut semasa ia dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
“Tidak bersalah, mohon bicara,” ujar Vivy.
Menurut pertuduhan, pasangan tersebut didakwa secara bersama dengan niat tidak jujur menyalahgunakan dana milik FashionValet Sdn Bhd, iaitu pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Public Bank Berhad, Cawangan Bukit Damansara, yang terletak di 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara, Bukit Damansara, pada 21 Ogos 2018.
Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan dan maksimum lima tahun, selain sebatan dan denda, sekiranya sabit kesalahan.
Sumber: Sinar
The post Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan salah guna dana khazanah, PNB RM8 juta appeared first on The Reporter.


