Vivy Yusof Dan Suami Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Salah Guna Dana Khazanah Dan PNB RM8 Juta

LocalPolitics
22 Jan 2025 • 12:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna dana Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Menurut laporan Buletin TV3, Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof, 37, dan suaminya Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara bersama.

Dakwaan salah guna dana Khazanah dan PNB

image is not available

Foto: Berita Harian

Salah guna dana Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta

Pasangan itu didakwa bersama-sama dengan niat tidak jujur menggunakan dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara, Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018.

Kedua-dua mereka berdepan tuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, denda serta sebatan jika sabit kesalahan.

image is not available

Terdahulu, Vivy dan Fadzaruddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, pada 5 Disember tahun lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang mana membawa hukuman penjara minimum dua tahun sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Vivy dan suami diminta membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang selain menyerah pasport dan lapor diri sebulan sekali di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).