Hadir tanpa kata: Cara sebenar sokong orang tersayang lawan penyakit kronik

Health & Fitness
25 Dec 2025 • 8:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Hadir tanpa kata: Cara sebenar sokong orang tersayang lawan penyakit kronik
Gambar: Public Health M'sia

Untuk anda yang ada orang tersayang tengah lawan sakit kronik macam kanser, ini tips kecil yang kadang-kadang paling besar kesannya.

Be present

Betul-betul hadir. Bukan untuk mengarah. Bukan untuk bagi ceramah. Bukan untuk tanya soalan yang buat dia rasa bersalah macam “kenapa tak jaga makan dulu?”

Hadir supaya dia rasa, dia tak sendirian.

Kurangkan arahan, tambah soalan yang lembut. “Hari ni badan rasa macam mana?” “Nak saya tolong urus apa?” “Nak makan apa sikit?” Jangan banding dengan orang lain. Jangan bagi ayat yang buat dia rasa gagal.

Bantu benda yang praktikal, tanpa banyak bunyi. Urus makanan, hantar ambil, kemas rumah, jaga anak sekejap, urus ubat, temankan tunggu hasil, jawab mesej bagi pihak dia kalau dia penat. Kadang-kadang bantuan paling sayang ialah yang tak perlu dia minta.

.

Ini lah masa keluarga diuji.

Bila sakit datang, topeng jatuh satu-satu. Kita mula nampak siapa yang betul-betul ambil peduli. Siapa yang senyap-senyap hadir tanpa diminta. Siapa yang tak banyak cakap, tapi sentiasa ada.

Ujian ini bukan hanya tentang penyakit. Ia tentang hubungan. Tentang siapa yang sanggup kekal bila perjalanan jadi panjang, memenatkan, dan penuh ketidakpastian.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.