Suasana Ramadan tahun ini menjadi lebih istimewa apabila Hael Husaini tampil memeriahkan majlis berbuka puasa eksklusif di IRAMA Signature yang terletak di IOI City Mall Putrajaya.
Acara yang berlangsung pada 16 Mac lalu menghimpunkan 100 tetamu bertuah dalam satu pengalaman berbuka puasa yang cukup unik dan penuh kenangan.
Majlis ini dianjurkan khas sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia IRAMA Signature sejak pembukaannya pada Disember 2025. Para tetamu menikmati hidangan istimewa yang menampilkan menu popular seperti ayam percik, pais barramundi, masak lemak udang serta pelbagai sambal tradisional yang menjadi identiti restoran ini.

Lebih menarik, kehadiran Hael Husaini bukan sekadar memeriahkan suasana, malah beliau turut membuat persembahan secara langsung, menjadikan pengalaman berbuka puasa ini lebih bermakna.
Gabungan muzik, makanan tradisional dan suasana Ramadan mencerminkan usaha IRAMA Signature dalam menyatukan rakyat Malaysia melalui budaya dan cita rasa tempatan.

Menurut pihak pengurusan, acara ini bukan sahaja meraikan Ramadan tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara jenama dan pelanggan. Ia selari dengan visi IRAMA Signature untuk memperkenalkan hidangan warisan Malaysia dalam suasana moden yang lebih eksklusif.
Pakej Jamuan Raya IRAMA Signature
Selain acara berbuka puasa, IRAMA Signature turut memperkenalkan Pakej Open House Raya Aidilfitri yang sesuai untuk keluarga, syarikat dan organisasi. Pakej ini ditawarkan pada harga bermula RM69.90 hingga RM139.90 seorang, dengan kapasiti sehingga 150 tetamu.

Antara tarikan utama pakej ini termasuk hidangan klasik Raya seperti nasi hujan panas, ayam masak merah, rendang serta pelbagai pencuci mulut tradisional. Untuk pakej premium, tetamu boleh menikmati menu eksklusif seperti lamb flap gulai kerisik, udang sambal hitam serta stesen makanan istimewa seperti char kuey teow dan cendol.
Dengan konsep buffet lengkap dan suasana restoran yang selesa, pakej ini menawarkan alternatif mudah tanpa perlu risau tentang penyediaan makanan atau pembersihan selepas majlis.
Ia menjadikan IRAMA Signature pilihan ideal untuk sambutan Hari Raya yang lebih santai dan meriah.
Anda boleh hubungi IRAMA Signature untuk tempatan awal. - Heyara



