Hafidz Roshdi & Shuhada Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

Entertainment
27 Jul 2023 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menemui titik noktah apabila disahkan bercerai dengan talak satu pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Menurut Kosmo, peguam syarie yang mewakili pelakon Hafidz, Datuk Akberdin Abd Kadir memaklumkan bahawa hari ini adalah hari keputusan pengesahan lafaz cerai sama ada sekali atau dua kali.

image is not available

Pihak Hafidz berpendirian bahawa lafaz cerai yang dilakukan hanya sekali iaitu 22 Februari manakala pihak Shuhada pula mendakwa lafaz cerai telah berlaku sebanyak dua kali iaitu salah satunya pada 20 Januari.

Pun begitu, Akberdin menjelaskan bahawa mahkamah hanya menerima lafaz cerai pada 22 Februari 2023 yang membawa kepada jatuhnya talak satu terhadap Shuhada, lapor Berita Harian.

Shuhada juga katanya tidak perlu menjalani tempoh edah berikutan ia telah selesai pada 23 April lalu.

Hafidz yang disoal pemberita memaklumkan bahawa dia bersyukur bahawa kes tersebut akhirnya selesai dengan baik dan berterima kasih kepada orang ramai kerana menghormati privasinya.

Saya bersyukur kes kami sudah selesai dengan baik yang mana saya hari ini sudah bercerai dengan talak satu,” kata Hafidz.

Shuhada yang juga ditemui di luar mahkamah memberitahu yang dia berasa lega kes tersebut akhirnya selesai dan tidak mahu memberi sebarang komen mengenai bekas suami.

Sekarang saya mahu fokus diri sendiri dan anak-anak serta capai cita-cita saya dulu Insya-Allah saya mahu sambung belajar,” kata Shuhada.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat kedua belah pihak. Semoga mereka bertemu dengan kebahagian masing-masing.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.