
Beberapa hari lepas, ramai yang terdengar ura-ura atau desas desus bahawa pelakon, Hafidz Roshdi bakal bernikah dengan wanita pilihannya Athira Yuhada selepas bercerai dengan Shuhada Shukri beberapa bulan lalu.
Nampaknya ura-ura itu benar kerana Hafidz dan Athira telah selamat disatukan dalam satu majlis di Shah Alam, Selangor.
Memetik laporan mStar, Hafidz Roshdi telah memberi mas kahwin bernilai RM300 kepada isterinya itu.
Hafidz, 29 tahun telah berkongsi berita tersebut menerusi Instagram peribadinya dengan kapsyen “Alhamdulillah”.

Artikel Berkaitan: Shuhada Tak Tahu Hafidz Bakal Kahwin Dengan Athira, Kalau Boleh Tak Nak Sakitkan Hati Anak
Artikel Berkaitan: Ini 7 Selebriti Malaysia Yang Bercerai Sepanjang 2023
Nama wanita tersebut sebelum ini menjadi bualan netizen apabila Athira dikatakan punca rumah tangga antara Hafidz dan Shuhada retak beberapa bulan lalu.
Hasil perkahwinan Shuhada dan Hafidz telah menghasilkan dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Sumber: mStar
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


