Hafiz Mahamad sumbang RM30,000, bantu keluarga rumah hangus terbakar sebelum Ramadan

14 Mar 2024 • 5:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Hafiz Mahamad sumbang

Usahawan, Hafiz Mahamad tampil bantu sebuah keluarga yang terjejas akibat rumah hangus terbakar dalam sebuah kejadian yang berlaku dua hari sebelum Ramadan.

Rumah hangus terbakar menjelang Ramadan

Sebelum ini, tular sebuah video menyayat hati ramai memaparkan tiga orang individu yang dipercayai penghuni rumah tersebut menangis teresak-esak menatap kediaman mereka musnah di depan mata.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di rumah kampung terletak di Jalan Lahar Yoor, Pulau Pinang.

Hafiz Mahamad turun bantu

Tidak berdiam diri, usahawan yang juga pempengaruh itu turun hadir melawat keluarga mangsa terjejas bagi melihat sendiri keadaan mereka selain menghulurkan bantuan.

Menerusi video dimuat naik, Hafiz dilihat melawat dan bertegur sapa dengan pemilik rumah yang hangus terbakar bagi bertanya khabar.

Usahawan kosmetik itu juga menasihati agar pemilik rumah berkenaan agar terus kuat menghadapi ujian hidup, lebih-lebih pada bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Insya-Allah, semua ini selesai. Jangan fikir banyak-banyak. Insya-Allah,”ujarnya.

image is not available

Dalam pada itu, Hafiz turut mengeluarkan cek bernilai RM30,000 untuk diberikan sebagai sumbangan kepada keluarga berkenaan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Insya-Allah, saya ikhlaskan sebahagian harta perniagaan,.Tak banyak saya dapat bagi tapi harap cukup meringankan untuk kos pembinaan rumah nanti,”kata Hafiz Mahamad.

Maklum Hafiz, pasukannya juga hadir ke lokasi kejadian bagi berjumpa dengan pihak kontraktor dan memaklumkan rumah tersebut dijangka siap pada Hari Raya Aidiladha nanti.

image is not available

image is not available

Di kesempatan itu, dia juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang sudi membantunya terutama menghulurkan maklumat mengenai keluarga terbabit.

Sumber: Instagram @hafizmahamad