Hafiz Suip Respon Komen Individu Tentang Rumah Tangganya, Tapi Netizen Nampak Benda Lain?

Entertainment
31 May 2024 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belakangan ini, timbul spekulasi mengenai rumah tangga penyanyi Hafiz Suip selepas dirinya menyahaktif akaun Instagram miliknya.

Hafiz baru-baru ini tampil membidas satu komen yang mendakwa rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah berpisah disebabkan dia telah mengabaikan tanggungjawabnya.

“Aku ada baca satu komen ni, dia kata ‘dia bercerai sebab suami abaikan dia’. Aku rasa kelakar komen tu.

“Kau nak cerita apa sebenarnya kak? Kau nak cerita aib kau.. tak payah. Orang tak nak tahu. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang,” ujarnya.

Dalam video yang dimuat naik semula oleh sebuah portal, Hafiz meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi tanpa mengetahui cerita sebenar mengenai rumah tangganya.

@xtra_my

Replying to @♡ Amboi nak fitnah pun… Hm apapun min harap semuanya baik-baik saja untuk Hafiz Suip #fyp #xtra #rumahtangga #isteri #terlerai #hafizsuip #tanggungjawab #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Netizen luah risau

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen video terbabit, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap Hafiz apabila melihat penampilan terkini pelantun lagu Kisah Cinta Kita itu berbeza dengan dahulu.

Namun, ada yang mengatakan penyanyi itu memang dalam keadaan baik mahupun dirinya dan rumah tangga.

image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Sebelum ini, Hafiz meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak lelakinya, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne.

Namun begitu, tanda pagar yang ditulis oleh Hafiz di kapsyen dalam hantaran di TikTok itu mencetus tanda tanya.

Kita doakan yang baik-baik buat Hafiz…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.