Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Fiona Saffiyya

LocalEntertainment
13 Feb 2026 • 5:10 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Hafiz Suip kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Fiona Saffiyya dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di Kuching, Sarawak, hari ini.

Majlis akad nikah yang diadakan dalam suasana sederhana dan penuh bermakna itu menyaksikan Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz di hadapan keluarga terdekat serta sahabat rapat dan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120.

Menurut penata gaya yang turut hadir, Kherry Mazelan, segala persiapan berlangsung dengan baik meskipun acara tersebut diadakan dalam skala kecil.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan sangat bermakna. Majlis ini memang dirancang secara sederhana dan hanya melibatkan ahli keluarga serta sahabat terdekat,” katanya.

Sejurus berita perkahwinan itu tersebar, rata-rata peminat dan rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan menerusi media sosial.

Perkahwinan ini menandakan fasa baharu dalam kehidupan Hafiz selepas perkahwinannya sebelum ini bersama bekas isteri, Nureffy Jasreel, yang berakhir secara sah pada Mei tahun lalu. Hasil perkongsian hidup terdahulu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Dengan ikatan baharu ini, ramai peminat berharap rumah tangga yang dibina akan kekal bahagia dan diberkati hingga ke akhir hayat.

View Original Article